July 10, 2012

Hangatkan Cinta



Segarkan kembali rasa cinta anda pada pasangan. Jom cari panduan untuk hangatkan kembali rasa cinta anda pada pasangan.

Tiada lagi rasa cinta dan kasih antara anda dan pasangan? Mungkinkah anda atau si dia lupa untuk saling mencintai? Tapi, kalau anda berdua lupa cara untuk bercinta, ini adalah perkara biasa. Lebih-lebih lagi bagi yang pasangan telah agak lama mendirikan rumah tangga. Buat semua, ketahuilah bahawa manusia memang sukar untuk difahami. Sukar untuk kita teroka hati dan jiwa manusia seperti kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain.

Namun, ini tidak bermakna kita harus mengalah. Paling penting ialah kita kenalah belajar. Belajar kenal pasangan agar kebahagiaan menjadi milik anda berdua. Tapi, bagaimanakah caranya untuk menambat kembali hati si dia? Tidak kiralah si dia itu si suami ataupun si isteri. Perkara-perkara yang perlu anda lakukan ialah :

1. Ingatlah semua tarikh-tarikh yang penting buat si dia. Terutamanya tarikh-tarikh yang ada kaitannya buat anda berdua. Misalnya, ingat tarikh hari jadinya, tarikh ulang tahun perkahwinan anda berdua, tarikh mula berkenalan dan sebagainya.

2. Selain itu, selalu-selalulah hantar bunga pada si dia. Taklah hanya ketika ulang tahun kelahirannya atau masa hari ulang tahun perkahwinan anda berdua sahaja. Barulah nampak romantik. Tapi, anda kena ingat, hantarlah bunga ros merah sebab ros merah adalah bunga untuk orang yang bercinta.

3. Telefonlah si dia selalu semata-mata untuk katakan padanya yang anda sangat mencintainya dan sentiasa memikirkannya.

4. Buat temu janji. Jika masa bercinta dahulu, hampir setiap hari anda keluar berdua-duaan. Tapi selepas berkahwin dan dapat anak, semua tu sudah jarang sekali. Untuk segarkan kembali rasa cinta anda pada si dia, apa kata telefon tersayang dan ajak keluar makan malam bersama tentu romantik. Apa? Anak? Mintalah tolong pengasuh jaga anak anda sekejap. Tentu boleh kan?

5. Selain itu, sekali-sekala, ajaklah tersayang makan angin. Bercuti sambil menenangkan fikiran. Kalau dapat pergi bercuti berdua sahaja lagi elok. Barulah rasa macam pergi berbulan madu.

6. Perkara yang paling romantik dan paling mudah anda lakukan untuk hangatkan kasih antara anda berdua ialah ucapkanlah “I Love You’ selalu. Setiap hari luangkan seminit dua untuk ucapan tersebut. Antara waktu yang sesuai untuk anda lafazkan kalimah keramat itu ialah ketika dia baru bangun daripada tidur. Bisikkannya dengan lembut pada pangkal telinga si dia. Aduh! Romantiknya.

7. Untuk tambah ceriakan hari-hari orang yang tersayang, tulislah surat cinta atau paling tidak pun titipkanlah nota cinta buat tersayang. Kemudian, letakkanlah surat ataupun nota tersebut pada tempat-tempat yang si dia sendiri tidak terfikir. Misalnya di dalam beg kerja, di atas hidangan sarapan paginya ataupun di dalam poket bajunya. Menarik bukan?

8. Kepada yang kreatif, luahkanlah rasa cinta anda terhadap pasangan dalam bentuk puisi, madah ataupun lirik lagu. Cara ini benar-benar sesuai untuk menambat hati insan yang anda sayangi. Selain puisi, anda juga boleh mencipta lagu buat si dia.

9. Hadiahkan si dia barangan idaman. Yang ini mungkin mahal sedikit, tapi memang berbaloi. Lebih-lebih lagi kalau barang yang anda hadiahkan itu memang barang yang dihajati si dia. Sekali-sekala berbelanja lebih apa salahnya. Anda jugalah yang untung bukan orang lain.

10. Sentuhlah dia. Sentuhan fizikal adalah antara perkara yang perlu diamalkan untuk merapatkan lagi hubungan yang telah sedia terjalin antara anda dan pasangan. Saling bersentuhan seperti berpegangan tangan ketika berjalan dan memeluk seterusnya mencium si dia sebelum ke pejabat sangat penting untuk menghangatkan lagi hubungan anda berdua.

No comments:

Post a Comment